today’s love verses ( in malay language )
Thursday, September 17th, 2009Title : ” Dia Dan Memori “
bila ku pejamkan mata,dia yang kulihat.
bila ku tulikan diri, dia ku dengar berbisik manja.
bila dia ku cuba lupakan, kenangan sering menjelma.
bila dia jauh dimata, selalu subur rindu dihati.
tangis mu bagai hujan taufan memetir aku,
senantiasa ingin ku memayung dengan kasih sayang ku.
tawa mu bagai sinar subuh memberi makna yang baru,
senantiasa memberi ketenangan di sanubari ku.
kau hadir membawa sejuta makna,
mengajar aku berbicara cinta.
cinta itu memberi dan cinta itu menerima.
walau suka dan duka , itu semua cinta.
tangis dan tawa , benci dan sayang,
itu semua kasih dalam bercinta.
namun langit kita jinjing bersama , gugur berkecai.
taman kita bina, bergoncang musnah.
aku tahu bukan ini yang kita rancang,
namun itulah percaturan takdir kita.
kita merancang yang tidak pasti,
Tuhan menentukan yang terbaik aku pasti.
semoga kau bersinar bersama bintang,
bergembira bersama yang tersayang.
mungkin ini suatu dugaan,
yang mengajar kita lebih matang.
mungkin juga suatu balasan,
untuk menghargai yang tersayang.
semoga kau mengerti bahawa kau senantiasa dihati,
bersama aku suatu memori,
yang tak akan bisa dilupai.
terima kasih.
ku panjatkan doa kepada ilahi
semoga kau senantiasa dikasihi.
inilah nukilan dari hati kepada yang dikasihi
senantiasa dia di memori .
~ r d h ~
p/s : i will try to translate into english upon request ^^